Thursday, 1 August 2013

Rindu Dengan Kawan Lama

Walaupun dekat sini ada kawan baru tapi masih lagi tak boleh menggantikan kawan-kawan lama ! Huaaaa D; rindu dekat Miza , Chibi , Aza-san , Wawa-san , Madu , Adib ! Paling aku rindu Miza , Chibi dengan Adib ! Hahaha .

Miza , dah lama tak jumpa kau tapi serious aku rindu gila waktu2 kita menjadi pengawas "paling baik" dekat sekolah dulu ! Hehehe . Rindu nak berbual dengan kau , berceloteh dengan kau , paling rindu nak menggila dengan kau ! Hahaha .

P/S : Sorry babe, gambar kau dengan aku tak ade dalam lappy . semua ddalam hard disk dekat rumah .

Chibi , dekat sini tak ada lagi kawan yang boleh gantikan kau ! Sumpah kau paling best ! sangat memahami , tak payah cakap banyak tengok muka aku je kau dah tahu apa dalam kepala aku ! Rindu nak bahan kau setiap pagi . *Hehehe bab membahan memang aku paling suka. lagi2 kalau aku bergabung dengan Aza untuk bahan kau ! miss that moment !* Jadi otaku dengan kau setiap hari . Paling penting rindu nak main bermacam-macam game dengan kau waktu kelas ! Hahaha . Binggo , Tic-Tac-Toe , lukis katak , lukis riak wajah orang merata-rata dekat semua buku , tak terkecuali buku fizik dan biologi ! hahaha

Aku and Chibi dekat dalam lab fizik !

Adib ! Rindu nak berbalah dengan kau setiap hari . Dekat sini tak ada yang kaki betah aku macam kau ! Budak lelaki dekat sini tak macam kau , sporting habis . Ade pun sorang je . Paling rindu nak bahan kau dengan chibi ! hahahaha . 

Aku dengan Adib lepas habis paper akaun .
P/S : Adib bukan ambil paper akaun pun but dia datang nak jumpa chibi ! *hahaha >.< main2 je sebenarnya tu paper last kita orang so dia datanglah kononnya nak jumpa buat kali terakhir gitu.

Walaupun kita ada kawan baru jangan dilupa kawan lama sebab ....

Kita selalu dengar orang kata....
Dia ni Ex Girl Friend aku
Dia ni Ex Boy Friend aku
Dia ni Ex Husband aku
Dia ni Ex Wife aku
tapi pernah tak kita dengar...
Dia ni Ex Kawan//Buddy//Friend aku.

So dekat sini nak bagitahu kawan adalah selamanya (: Sayang mereka kerana tanpa mereka kita tak mungkin boleh hidup dengan sempurna sebab merekalah yang menceriakan hari hari kita selain daripada keluarga kita sendiri (: ~MR.2B2S~