Tuesday, 23 July 2013

Kenapa Buat Blog ?

Hahaha.. Itu soalan yang kawan Nas tanya dekat Nas "Kenapa buat blog?" kerana dia sangat arif yang Nas paling tak suka meng-update blog ni.

Nak buat macam mana , ini sahaja penghubung Nas dengan akak Nas yang ada dekat oversea tu . Nas akan ceritakan serba sedikit mengenaik hidup Nas dekat sini supaya akak Nas boleh tahu perkembangan semasa Nas dekat Malaysia ni . Bukan tak boleh nak call atau text tapi takkan nak call and text setiap kali ada yang nak dikongsikan . Dahlah waktu dia dengan waktu Malaysia beza 6 jam . So kalau update dekat sini bila-bila dia free dia boleh baca , so Nas tak ganggu waktu dia berehat dekat sana .

*Huaaaa D; Kak Ngah rindu akak sangat2 !

Lagi satu alasannya ialah bolehlah Nas kongsi gambar dan novel yang Nas buat dekat kawan Nas yang sorang tu . Nak jumpa dahlah susah , dah macam duduk oversea dah budak tu padahal dekat Pahang je budak tu . Hahaha . *Babe, mohon terase ya !*~MR.2B2S

Terima Kasih Kawan !

Nas nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat kawan-kawan Nas dekat KMK ni sebab dia orang support Nas ! Thanks a lot babe !

Farah, Ira n Mun selalu bagi semangat dekat Nas ! Kau orang sangat baik walaupun kita baru kenal tapi kau orang sanggup teman Nas hari ni ! Terima kasih kawan ! Jasa kau orang Nas akan ingat sampai bila-bila.

Ayat yang tak akan lupa :

Farah : Nas yang orang kenal tak selemah ni. Nas kena kuat !

Farah : Kita kan kauselor tak bertauliah lagi tak bergaji , mana boleh nagis-nagis macam ni.

Hahaha.. Sumpah waktu tu Nas terus tergelak. Sebab dalam kalangan kawan-kawan sekeliling kami selalu dikatakan sebagai kaunselor tak bertauliah dan tak bergaji ! *nampak tak, dia selalu buat sesi kaunseling untuk kawan2*

Hah ! Lupa nak mention Rie ! Thanks kawan kata-kata semangat dan nasihatnya !

Sekarang Nas dah okay dah. So kawan-kawan yang di mention jangan risau ya sayang-sayang sekalian ! ~MR.2B2S~

Monday, 22 July 2013

Tabahlah Wahai Hati

Dugaan yang Allah beri sangat besar. Mungkin ada yang cakap "Tak besar mana pun dugaan kau tu, ada yang lagi besar." Ya ! Memang betul Nas tak akan sangkal sesiapa yang cakap macam tu tapi kalau benda yang sama terjadi dekat diri dia adakah dia masih akan berfikir macam tu. mungkin ya tapi pada awalnya dia tetap akan rasa macam Nas juga.

Nas hanya nak berkongsi cerita bukan nak minta simpati sesiapa ! Itu benda first yang Nas nak tegaskan dekat sini.

Ayah Nas sakit tenat sekarang dan ibu Nas dah suruh Nas minta balik awal. So apa perasaan kau orang sebagai anak yang duduk jauh ni bila ibu kau orang suruh kau orang balik tengok ayah kau orang ? Faham-faham sendirilah ya perasaan itu macam mane.

Akak Nas lagi kesian. Dia sekarang dekat Jedah, Arab Saudi dan Visa dia tak lepas untuk balik. Kesian Kak Ngah. Sabar ya kak ! Kita kena kuat !

Farah tanya soalan sentap dekat Nas. "Nas redhakan tak ayah Nas pergi sekarang kalau dah takdir nyawa dia kena ambil sekarang ni?" Masa tu tak payah cakap apa empangan air mata memang tak boleh nak tutup dah. Tapi lepas tu Nas dah okay dan segala perbincangan yang Nas, Ira and Farah buat semua Nas proses dan absorb dengan baik. Alhamdulillah, sekarang Nas dah okay.~MR.2B2S~

Coretan Budak Matrik

Ramai yang bertanya macam mana life dekat Matrik okay tak? Tough tak? Best tak? and blablabla. Naik berbuih mulut ni nak jawab soalan yang sama berulang kali. so dekat sini Nas nak bagi tahu jawapan-jawapan bagi soalan-soalan di atas. *poyo je ayat*

Life dekat Matrik okay//best tak?
Jawapannya senang saja. Nak kata tak best tu taklah, nak kata best pun tak juga. Bagi Nas biasa-biasa saja! Almaklumlah Nas selalu dapat title HATI KERING sebab tu macam tak ada feel duduk matrik ni. hehehe.

Pelajaran dia tough tak?
Soalan yang selalu ditanya oleh junior-junior dan kawan-kawan yang tak dapat matrik. Jawapan yang Nas selalu bagi "Mana ada benda dalam dunia ni yang senang." paham-paham sendirilah ye. So tough tu tough gaklah sebab sesi pembelajaran dekat matrik macam light speed ! *saja nak hyperbola kan ayat tu*

Homesick tak?
Nak kata homesick tu tak sangat sebab bukan tak pernah duduk hostel sebelum ni. *ayat bajet padahal rumah dengan hostel 4km je. hehehehe* Homesick tu adalah tapi tak teruklah sampai nak melalak bagai ! Biasa-biasa saja. Nas selalu fikir "Aku nagis bukan rumah aku boleh pindah sebelah kolej." ;p

Kawan-kawan macam mana okay tak?
Okay sangat. Ada yang gila, ada yang pendiam. Macam-macam ragam manusia ada dekat sini. Yang paling best macam-macam dialek ! hehehe.

Team Ganu : Fika, Ira, Mun, Anis, Erni, Rie.
Team Kedah : Vinodh, Tam, Izzati aka Anak Pak Cik Nazri.
Team Melake : Farah.
Team JDT : Aku, Jamunesh.
Team Kelate : Yuni.

Yang lain tu sorry. Nas tak tahu korang team mane. almaklumlah Nas tak rapai dengan budak-budak lain selain nama yang tertera di atas. hehehe. ~MR.2B2S~